Thursday 11 August 2016

Peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan melalui integrasi budaya



Seperti yang kita sedia tahu, 1 MALAYSIA  merupakan salah satu kata yang melambangkan perpaduan kaum di Negara kita. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati.






   Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan  tragedi bedarah 13 mei 1969 yang lalu. Peristiwa ini banyak membawa keburukan kepada Negara dan mengakibatkan kehilang nyawa dan harta benda. Tragedi yang berlaku ini merupakan titik hitam dalam sejarah malaysia.

    Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadkan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembanan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci perlu dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. 

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya, sikap perpaduan kaum ini perlu diterapkan dari akar ubi lagi. Dalam kontek ini, pelajar perlu memainkan peranan penting bagi mewujudkan perpaduan antara kaum, sifat seperti berakhlak mulia dan saling menyayangi antara satu sama lain serta bersikap bertoleransi adalah penting bagi mewujudkan perpaduan antara kaum.


Apa peranan pelajar ??..


    Sebagai seorang pelajar, perpaduan melalui integrasi budaya ialah, Sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sikap seperti ini adalah sikap yang murni dan sentiasa digalakan dalam setiap agama. Sekiranya pelajar menunjukkan sikap yang tidak baik terhadap pelajar lain, maka rasa hormat dan semangat bersatu padu itu tidak akan wujud dalam diri setiap pelajar. Sebagai contoh, menghormati rakan-rakan yang berbeza agama dan budaya supaya setiap pelajar dapat saling bersama- sama dalam melakukan pelbagai perkara seterusnya mendapat suasana belajar yang aman dan damai. Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat.

Para pelajar juga hendaklah menghindarkan diri dari bersangka buruk dan hasad dengki terhadap pelajar lain. Akhlak  ini akan membawa kepada perpecahan dan perpecahan akan membawa kepada kelemahan ummah. Selain itu, pelajar perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang melibatkan pelajar pelbagai kaum. Dengan ini, mereka akan bekerja, membantu dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memupuk semangat kerjasama dan saling mempercayai di antara satu sama lain.

    Selain itu, sikap perkauman dan keagamaan perlu dielakkan dalam diri setiap orang pelajar. Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, khasnya peristiwa 13Mei 1969



    Sambutan hari perayaan, seperti hari raya, tahun baru cina dan deepavali di sambut di peringkat sekolah juga salah satu langkah yang berkesan bagi mengeratkan hubungan antara kaum. Sebagai contoh, pada sambutan hari raya kesemua yang hadir memakai pakaian tradisional melayu. Secara tidak lansung wujudnya semangat perpaduan dan tiada lagi sifat perkauman.

    Bukan itu sahaja, kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri daripadan kaum yang berbeza dapat mengeratkan lagi hubungan. Secara tidak lansung akan wujudnya masyarakat yang penyayang di sekolah  dan akan melahirkan perpaduan serta kesatuan yang kuat dalam kalanang pelajar.



kesimpulan 
 
Dasar dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembagunan sesebuah negara. Sebagai rakyat Malaysia yang telah merasai keamanan selama ini, ita harus bersyukur dengan kenikmatan yang dikecapi. Wawasan 2020 sudah semakin hampir, kesilapan oleh generasi yang terdahulu perulah dielakkan.

lampiran




















rujukan


1.https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6021956498173698567#editor/target=post;postID=1812728411244182240;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=0;src=link
2.https://www.scribd.com/doc/26913667/Integrasi-Budaya-Sub-Budaya-an-Budaya
3.Berita Harian 20 April 2011- pesta kebudayaan pupuk sifat saling menghormati.
4.Buku komunikasi dan penyeriaran dalam islam siri politeknik terbitan oxford Fajar Sdn.Bhd
5.http://www.academia.edu/7967819/Kepentingan_Perpaduan_Kaum




Disediakan oleh;
. Muhammad Khairul Idham bin khazimi        02DKA14F1077
.Mohamad Amirul Hayyan bin Amiruddin      02DKA14F1047
.Jamalul Abdul Razak Bin Mohamed Aris      02DKA14F1052
.Muhammad Syahir Bin Mohmad Amin          02DKA14F1097
. Muhammad Zulhilmi Bin Kamarudin            02DKA14F1117
. Muhammad Firdaus Bin Abdullah                 02DKA1F1172

No comments:

Post a Comment